Wednesday, June 1, 2016

Butik Idamira

Assalamualaikum, selamat malam semua :)

Hari ini genap 12 hari perjalanan Idamira dibuka (21.Mei 2016) Alhamdulillah, impian yang satu ini telah pun terlaksana dengan hanya angan-angan yang aku rasa aku tidak akan mampu miliki :) Alhamdulillah, Allah itu maha mendengar, maha mengetahui segalanya. Setiap perjalanan hidup ini tidak dapat kita jangkau apa yang akan berlaku dihadapan kita :) Syukur Alhamdulillah, Dia permudahkan segalanya.

Aku memang dah lama nak ada sesuatu untuk diri sendiri, aku inikan jenis yang suka gila shopping, walaupun takde la kaya nooo, tapi memang sukaaa teramat sangat, wanita dan shopping sejujurnya sukar untuk dipisahkan (ke aku je?) Dan aku suka sangat tengok usahawan muda yang dah berjaya, rasa tercabar, terfikir kenapa dia boleh, why not aku cubakan. Kagum dengan jenama-jenama yang ada kat Malaysia sekarang ini. Hope oneday i can see them face to face.

Kenapa IDAMIRA? Siapa IDA? 

Ida tu nama panggilan kawan-kawan maksu. Nama maksu Majidah. Oh yee, of course la aku buka ni ada partner, tak mampu nak berdiri seorang disebabkan aku ini dah lari arah tujuan yang teramat sangat. Something new for me. Huhu Maksu pulak dulu belajar dalam bidang perniagaan dan ada pengalaman maka ON jela. Dan Mira tu tahu-tahu la siapa ek. Gabungan IDAMIRA ni special sebenarnya, sebabnya sebabnya :) abah yang bagi. Hehe Thank you abah for your support. Tak ada langsung tentangan dari keluarga, malah menyokong apa yang aku nak buat, even abah sebenarnya nak sangat aku masuk Navy ikut jejak dia. Sejujurnya aku dilema di antara permintaan abah dan juga keinginan aku. 

Ada yang tanya " tak menyesal ke belajar tinggi-tinggi last nak niaga?" :) InshaAllah semoga Allah permudahkan segalanya. Aku pun tak berani nak letak harapan yang tinggi untuk perniagaan ini sebabnya terlalu baru, banyak yang perlu aku pelajari, terlalu banyak. Yes, berniaga ini takde income yang tetap, tapi aku percaya rezeki Allah itu luas yang teramat. InshaAllah doa yang baik-baik untuk perjalanan Idamira ok :) 

Kalau ada rezeki aku untuk ke alam perkerjaan yang sebenar, aku tak tolak. Untuk cari pengalaman, berada di dunia yang sebenar. Zaman sekarang kan dah tak hairan sebab ramai juga yang buat dua tiga kerja dalam satu masa. Nak dengan tak nak je ye dokk. Heee mampukah?

************


Keadaan asal kedai :) Sebenarnya ikutkan kedai lain, tapi takde rezeki kedai tu tunggu punya tunggu owner kedai terus senyap. Cari punya cari dapat yang ini, harga mampu milik dengan permulaan yang setahun jagung ni. Cari kedai pun makan masa berbulan, baru rasa orang niaga ni bukan senang. Susah-susah dahulu. Nak nak harga sekarang semuanya mahal-mahal, kebanyakkan kedai aku tanya semua 1k ke atas + 2 bulan deposit dan api air, memang dah syarat macam tu mana-mana pun, even nak sewa rumah pun. Tak sangka pulak Pasir Puteh harga sewa pun boleh tahan. Padahal kalau tengok bandar Pasir Puteh takde la moden mana. Haha 

nah belanja Butik Idamira yang tak seberapa :D



Sejak dari buka sampai sekarang, dah macam-macam posisi dah kedudukan kedai aku ni. Ubah sana ubah sini. 


Aku, adik dan maksu a.k.a partner !


:')

Believing there is a positive in everything isn't silly. 
It's a mindset. What YOU choose to focus on is YOUR choice.


Semoga perjalanan IDAMIRA dapat membawa kebaikan dan sesuatu untuk semua. InshaAllah

Instagram : idamiraofficial
Alamat : Jalan Kota Bharu, Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh

No comments:

Post a Comment