Thursday, September 22, 2016

Random entry!

Assalamualaikum :)

Terasa agak lama diri ini menyepi dari dunia blogger. Hiks nak kata busy, macam biasa. Mungkin sebab jarang online kat laptop tak pun takde idea nak menulis :) Dulu time study 24 jam dengan laptop, jadi kalau bosan penat menghadap esaimen, curi-curi update blog (kalau baca balik entry dulu-dulu rasa macam nak campak muka dalam laut, haha merapu banyak) kadang-kadang duduk buat kerja, tup tup idea datang mencurah-curah, terdetik dalam hati

 "Ok lepas ni nak cerita pasal ini itu bla bla kat blog " 

lepas dah relax-relax nak menulis, sekali idea tu hilang, ghaib terus. Hihi maka terkubur begitu sahaja! Hmm nak cerita apa eh? **masih taktahu nak tulis apa ni. haha (pening) Maaf kalau pening baca entry ambe kali ini :) Iols bakal cerita secara random apa yang terlintas. Haha

Tentang kehidupan aku?! Aktiviti harian aku ke butik, kalau tak ke butik duduk rumah. Kalau ada interview pegi interview. Begitulah kehidupan seorang manusia yang bernama Amirah :) Masih sendiri, belum berdua mahupun bertiga Haha perlu ke mention :p sebenarnya aku pun tak tahu kenapa abah sekarang macam suka sangat tanya pasal "takde berkawan dengan seseorang ke" haha tak sabar nak dapat menantu ke tak sabar nak lepaskan aku. Sobs sobs drama lebih  Dan sebenarnya masa raya hari tu aku kena soal siasat, dah macam retis lak, bila nak kahwin? Dah ada kawan ke? Kenapa takde kawan lagi? Umur dah berapa dah ni? Bla bla bla oh camni rasanya! Haha

Serik dengan cinta, ku tak mahu cinta. Eh!

Aku sebenarnya yang malas, malas nak kenal dengan orang baru. Cukup la ada keluarga dan kawan-kawan yang masih memerlukan aku :) Biar iolls tengok kawan-kawan selamat bina masjid, baru diri sendiri menyusul. Hihi Cukup aku punya mereka disisi. Kalau suatu saat nanti aku tak diperlukan lagi, masa tu mungkin aku akan mencari. Eceh, haks! Jodoh aku mungkin masih mencari identiti dia, sebelum yakin untuk memperisterikan aku, jadi Mr Right belum muncul-muncul (lempang diri sendiri) Ok habis pasal kehidupan aku yang semuanya masih sempurna dan Alhamdulillah bahagia dengan life sekarang.

Eh lupa nak cerita, haritu scroll-scroll IG, ada nampak satu info, sesiapa nak join group di Whatsapps boleh bagi nombor, aku yang lagi kebosanan + kesunyian maka decide untuk join. Group apa tu? Retis ke? Of course laaa Haha best sangat-sangat dapat kenal dengan dorang. Walau tak pernah jumpa, tapi rasa macam dah lama kenal. Paling jauh orang Brunei. Heee Orang cakap kawan biar beribu, bercinta biar....apa? Baguss :D Its was nice to know you guys, RadinRangers!

Idamira Boutique semalam 21.09 genap 5 bulan perjalanan kami, tak sangka cepat betul masa. Sedar tak sedar dah 5 bulan, baby lagi ni baru boleh nak merangkak, iye ke? Ramai yang tanya perkembangan perniagaan aku ni, Alhamdulillah terima kasih sentiasa mengikuti dan bertanya khabar. Hihi

Business macam mana ok ke tak? 

Dah 5 bulan menceburi dunia perniagaan, sejujurnya dunia perniagaan ini dunia yang sangat mencabar, memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal. Bukan senang nak berjaya. Susah ok susah! Betul orang cakap 6 bulan pertama kita akan diuji dengan pelbagai dugaan, dan aku juga mengalami, kadang-kadang rasa macam nak patah balik pun ada. Huhu Tapi semua itu satu permulaaan untuk kita menjadi seorang yang kuat dan sabar. Tak aku nafikan dengan ekonomi sekarang ni kuasa membeli semakin kurang (keluar ayat planning) Manusia lebih memilih yang mana keperluan dan kehendak. Sebab aku dah terjun ke dunia ini, maka jiwa harus kental. Dunia yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk terlibat :) 

Alhamdulillah, semua itu adalah cabaran dan menjadikan aku seorang yang matang. Ok walaupun hakikatnya macam tak berapa nak betul. Haha Doakan perjalanan Idamira mampu bertahan :) Dalam kesusahan ada kemanisannya. Semua itu bakal menjadi sebuah sejarah dan kenangan dalam hidup ini. 3 perkara yang perlu ada dalam diri adalah sabar, sabar, sabar! InshaAllah


:)
Jumpa lagi!