Sunday, October 16, 2016

Road To Convocation #DegreeHolder

Assalamualaikum, hye :)

23.10.2016 tarikh dimana aku akan naik pentas untuk menerima segulung ijazah, 2 tahun bergelar pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah di UiTM Shah Alam. Sampai ke hari ini diri ini masih tidak percaya :) Tak pernah terlintas pun nak ada ijazah, kalau dulu masa sekolah orang tanya nak jadi apa pun tak tahu. Haha sebab result time SPM takde la gempak mana, jadi tak pernah terlintas pun nak jejak kaki ke Universiti time tuh, tapi siapa sangka dah sampai ke degree rupanya si Amirah ni. Huhu Sememangnya perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Rezeki Allah :) Alhamdulillah dengan izinNya

Dan begitu juga dengan apa yang aku hadapi saat ini, tipu lah kalau aku cakap aku tak sedih, tak dapat pergi konvo. Sedih ok sedih! Ulang sekali lagi yesss, konvokesyen kali ini aku tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. At the same time, tarikh tu tersama pulak dah dengan hari graduasi si bongsu. Acamno? mungkin ini pengorbanan yang harus aku lakukan (eceh ayat nak sedapkan hati) Haks 

"Eh, ko tak menyesal ke tak pergi. Last konvo dah ni weh! " 
"Adik ko tu nanti dia mesti masuk U jugak. Boleh la merasa lagi" 
bla bla bla bla....

Haha betul lah tu, tapi sebagai kakak yang baik hati lagi penyayang. Hiks seorang budak kecil yang baru nak kenal dunia nak merasa pengalaman itu, mampukah aku untuk membiarkan dia bersedih bila melihat abah dan umi takde masa tu? Mereka seronok meraikan kejayaan aku di sana, manakala si adik keseorangan di hari graduasi. Sedih sangat kalau aku nak pentingkan diri.(Haa adik! nanti ko baca ini silalah kenang jasa-jasaku. Sobs) Terlalu menjaga hati orang sedangkan hati kita yang terluka. ** tetiba keluar ayat ni Haha Happy juga boleh sama-sama sambut hari jubah dengan adik. Everything for my family, inshaAllah semua akan jadi suatu perkara yang indah :) Kadang Tuhan hadirkan hujan sebab dia nak hadirkan pelangi yang cantik!

p/s : Kot nak naik pentas time tu sebagai master holder. Who know? :) 

Everything happens for a reason!
Bye